Faedah Peperiksaan
Dalam sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan, terasa seolah-olah murid-murid tidak dapat menikmati kegirangan zaman kanak-kanaknya. Namun itulah pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh murid-murid.
Dengan garispanduan yang wajar, guru dan murid akan bersama-sama mendapat manfaat daripada peperiksaan. Matalamat peperiksaan ialah ia bertujuan untuk mencapai kecemerlangan dan akan memberikan halatuju bagi guru dan murid. Murid-murid akan lebih fokus kepada pelajaran dan ini akan memudahkan guru menyampaikan pelajaran.
Situasi dan persekitaran sekolah akan menjadi lebih tenteram jika pelajar benar-benar dapat memahami apa yang diajar oleh guru. Waktu pembelajaran dalam bilik darjah dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak memberi ruang berlakunya kes salahlaku.
Murid-murid juga akan mempunyai motivasi diri yang tinggi dengan adanya peperiksaan. Ganjaran yang mereka perolehi selepas peperiksaan akan membina pertandingan yang sihat. Murid-murid akan berusaha bersungguh-sungguh dan guru akan sentiasa mencari jalan untuk menyampaikan pelajaraan dengan lebih kreatif.
Seluruh tujuan pembelajaran akan menjurus untuk mendapatkan ilmu. Jika belajar tidak didesak untuk menghafal, murid-murid akan bersikap sambil lewa. Apabila murid-murid dimotivasi untuk mencapaai gred yang baik dalam peperiksaan, murid-akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan lebih menghargai ilmu dan proses mendapatkannya.
Gred yang baik akan menjamin kesenangan hidup pada masa akan datang. Pencapaian yang cemerlang akan membuka peluang mereka untuk melanjutkaan pelajaran atau mendapatkan pekerjaan yang baik.
Jika peperiksaan dilaksanakan dengan betul, ia akan memberi faedah kepada pelajar, guru dan ibu-bapa. Halatuju yang jelas seperti ini akan membantu semua pihak yang terlibat lebih fokus kepada pencapaian yang ditetapkan. Dengan demikian akan menggalakkan koloborasi antara semua pihak, menjadikannya suatu usaha dan tujuan bersama.